09 May, 2016

Selamat Hari Ibu, UMMI.

Assalamualaikum Ummi dan Ayah. 

Rindu ummi. Kelantan dan Pulau Pinang memisahkan kita. Tugas menuntut ilmu memang mencabar kan mi. Yah sedih setiap kali kena naik bas datang sini. Yah tahu, ummi selalu cakap, niat yah belajar adalah berjihad. Kakak pun cakap macam tu. Sebab jihad ke jalan Allah menyebabkan yah terus tabah. Tabah untuk lebih kuat, lebih bersemangat, lebih berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu. 

Kebetulan semalam hari ibu, yah menyambutnya di sini. Yah nak peluk ummi. Sambil makan kek yang mama beli untuk ummi dan kita semua. Ayah bagi bunga pada ummi. hiks. comel je Ayah. Mama (kakakku) belikan kek dan bunga bila dia balik kerja semalam. Mama bagi bunga dan kek dekat ayah, jadi ayah yang bawak kek dan bunga bagi dekat ummi. Kalau yah ada kat rumah, yah suka buat kek coklat. Semua makan kecuali ummi sebab ummi tak boleh makan coklat. Sakit perut. So bila dekat sini, google resepi memacam, yah dah jumpa satu resepi kek untuk yah buatkan untuk ummi nanti cuti 3 bulan. Tunggu ye mi. 

Meh nak cerita sikit pasal Ummi. 
ummi seorang yang sangat penyabar. Kalau on the phone dengan ummi, selalu bagitahu nak makan itu ini dekat ummi. Lepas tu bila balik cuti sekejap, ummi pastikan semua yang yah nak makan tersedia. Tersedia dalam erti kata ummi buatkan atau yah sendiri yang masakkan. Ummi akan belikan barang keperluan untuk yah nak buat. Ummi tahu yah suka bihun sup, ada ikan bilis goreng, daun sup, bawang goreng, dan juga begedil ayam. Ummi akan pastikan semua bahan cukup sebab ummi tahu yah tak suka makan kalau tak cukup. hahaha Ummi akan belikan kentang sesiap. Jadi yah akan masak dengan senang hati. Ummi tahu yah suka keropok lekor dekat pasar Pair Puteh, ummi mesti belikan untuk yah. Yah sayang sangat dekat ummi. Bukan kerana ummi selalu memenuhi apa yang yah suka, tetapi kerana Allah mengurniakan sesempurna Ummi untuk yah dan keluarga. Alhamdulillah. 

Ummi seorang yang penyayang. Ummi sayang semua anak dia sama rata. Kalau balik bercuti, ummi akan masakkan apa je yang abang atau adik suka ikut tekak dorang. tapi kebanyakkannya kami tak lah memilih makan. Jadi apa yang ummi masak, semua boleh masuk mulut. Tapi bila yah dah besar, hiks yah dah faham, kalau nak makan, buatlah sendiri, lepastu bagi ummi rasa. Kalau ummi suka, boleh masakkan lagi, kalau ummi tak suka, macam ummi tak suka sangat kek coklat, tapi adik beradik yang lain suka, masakkan jugak kek tu. hahaha

Apa yang yah paling tersentuh sepanjang 23 tahun dengan ummi, yah disahkan menghidap appendix, kalau dalam bahasa mudah, ada lebihan kulit di bahagian gall bladder. Masa tu yah berumur 12 tahun. Sakit sangat. Yah seorang yang jarang dapat sakit, demam yang biasa-biasa tu,
Tapi kalau kena, terus teruk. Memang betul. Yah dapat appendix lepas keluar result UPSR. Makan apa je muntah, ummi sentiasa tanya yah nak makan apa sebab perut kosong. Ada suatu pagi tu, yah teringin nak makan nasi goreng. Ummi minta kakak masakkan nasi goreng, dan yah berselera makan sebab perut lapar. Lepas habis je makan, minum air semua, terus muntah keluar benda sama. Ummi makin risau. Petang tu ayah dan ummi bawak pegi Hospital Tg. Anis, Pasir Puteh.

Dan keadaan tu dah makin teruk, dan yah kena transfer ke HUSM. Ummi yang teman yah dalam ambulans, dan yah tidak tahu berapa kali ummi lap air mata yah sebab yah mengadu sakit. Dengan wayar yang memenuhi mulut, hidung. Ayah sabar mendengar yah mengadu sakit sebab wayar yang dimasukkan ke hidung tu memang menyakitkan. Ummi takde sebab sorang je kena teman dekat kecemasan. Doktor dan nurse suruh telan air liur untuk memudahkan wayar masuk hidung. Itu pengalaman yang paling menakutkan bagi yah. Tapi ummi dan ayah sentiasa ada. bagi sokongan moral. supaya yah kuat.

Dekat HUSM pulak, malam2 ummi yang teman. Masa tu keluarga kita takde lagi kereta. Ayah berulang alik melawat yah. Malam pertama sampai HUSM, yah kena masuk bilik operate, operate buang isi lebihan tu. Ummi cakap yah akan okay, akan boleh balik nanti. Jangan risau. Yah nangis. Macam biasa. Sebab takut. Ayah dan bapa saudara, adik, kakak malam tu semua ada. Yah nangis lagi sekali. bukan sekali. berkali-kali. Yah pesan dekat ummi, ayah jangan tinggalkan yah sorang sedangkan time tu yah telah pun kena sorong masuk bilik bedah.

Yah jarang lihat ayah dan ummi nangis, tapi bila anak-anak sakit, cepat je kami nangis. Mungkin sebab ayah dan ummi tak tunjuk depan kami. Ayah ummi dan bagi kami kuat semangat. Appendix ni pernah terjadi pada kak Ah masa dia di sekolah menengah, masa tu yah kecik lagi. Tak faham kenapa ayah selalu berulang pegi hospital. Cuma tahu kak Ah sakit kena operate. Tapi bila kena bahagian yah, appendix dah teruk, dengan pecah semua, masa keluarkan cecair dari perut, sebab ada tebuk lubang dekat perut, cecair yang keluar warna hijau. Bayangkan. Doktor cakap, kebanyakan kes macam ni kebiasaannya pesakit dah pun meninggal dunia. Ya Allah, mas atu hanya Tuhan je tahu betapa takutnya yah. Allah masih bagi peluang untuk hidup.

Itu baru part ummi jaga yah. Tak masuk pun lagi dengan perangai yah yang nak makan epal sedangkan perut masih muda, tak boleh terim makanan solid. Kena makan bubur. Ummi sedia dengar rungutan yah yang sangat bosan dengan makanan hospital. Sampai satu hari yah mogok taknak makan, ummi pegi belikan jugak epal. Lepastu kakak marah sebab buat ummi nangis. Ummi nangis sebab takut bila yah makan epal, nanti lambat baik luka operate. Yah rasa sangat bersalah dengan ummi. So tak makan epal tu. sebab yah pun sayang ummi. :'(

Banyak sangat tak terhitung pengorbanan ummi membesarkan kami. Ummi dan Ayah diuji dengan kami adikberadik sakit teruk kena operation, dan yah tetap lihat keteguhan ummi menyokong ayah, memberikan semangat supaya tetap kuat. Kuat untuk kami, anak-anak. Yah berharap dan berdoa agar yah dapat membalas jasa ummi dan ayah semampu dan lebih lagi. Yah nak tengok ummi dan ayah dapat menunaikan haji bersama kami adik beradik. in sya Allah. Yah berharap sangat biarlah yah yang pergi dulu kerana yah tak sanggup hidup tanpa kedua permata hati yah. Yah selalu doakan keishatan ummi dan ayah, dan kita akan sentiasa bersama hingga ke syurga Allah S.W.T.


Yah sayang ummi, ayah dan keluarga kita kerana Allah.

dengan ingatan tulis ikhlas :

yah your daughter :'(





1 comment: