22 April, 2016

Short Escape Oyah.

Assalamualaikum w.b.t 

Holla, buat ape tu, Dah makan ke belum ? Dah solat ke belum ? pegi cepat, haishh hiks, Korang how's your day ? Semenjak menginjak ke minggu 11 ni makin kelaut lah waktu tidur. Eh no, i mean ke laut waktu rehat sikit, sebab minggu ni, kena start siapkan segala sepupu-sepapat assignment, thesis, report and yes, i masih belum lepas lagi bentang. oh my stressnya ya ampun. Nama huruf last memang cenggitu, tapi yah tak salahkan ayah pun. hehe yah okay je present last. really. hiks. 

Minggu lepas berlalu dengan gembiranya bila busy dengan TOT42 di USM tercinta. Bahagian Hadiah dan Cenderamata best rupanya sebab dapat iring VIP dan Pengerusi bagi hadiah dekat pemenang. Pengalaman baru, dan its so interesting. Dapat pulak geng yang happening dan kami tak stress pun bekerja. Itu yang kita mahu bila bekerja dalam satu pasukan. Taknak lah bermasam muka bila buat kerja, so kami enjoyed the moment. Lipat baju, beg semua hadiah kami incharge dah nama pun bahagian HNC kan. Seronok. Rindu semua, the Mads, Nani, dan Imah. Rindu korang like seriously. 

HNC team rock ! 

Habis je minggu TOT, perasaan bercampur pulak untuk DEKON (deklamasi sajak dan lakonan) bagi subjek LKM400. Menjadi penyajak memang memberi tekanan besar dalam diri yang pemalu dan kurang keyakinan ni. Kami masuk pertandingan ini mewakili pensyarah Bahasa Melayu, PN Julie. Berlatih tetiap malam berlakon, balik bilik pagi, ohh heaven sungguh tak tipu. 
 Kalau sampai bilik tu, tak nampak dah benda lain, nampak katil je. Tapi itulah nanti yang akan dikenang. Memori sukar bertandang jika kita tak mencari ye dak ? Alhamdulillah, dalam nervous nak berhadapan dengan orang lain, aku berjaya jugak bersajak dengan tenang. kahkahk. dan guess what, kami dapat tempat KETIGA daripada 13 kumpulan. Syukur sangat. Tahniah semua. We did it. :) 


pensyarah, penyajak, orang kampung, askar Jepun <3



Dalam hidup, aku percaya jika kita tidak mencabar diri sendiri, sampai bila kita nak tahu kekuatan yang ada pada diri kita. Sungguh, aku sendiri tak tahu apa yang aku ada, tapi tulah, hari-hari duk cungkil. hahahha mengada sangat. Gambar ni masa TOT hari tu. sangat geli, sampai mimpi ada ular dalam bilik. Takut sungguh. Muka cenggitu sebab kepala ular mengadap tangan. Takut dia patuk walaupun ular ni dipelihara masa dia kecik lagi. whatever. Dah la lepas aku pegang ni, banyak kes dipatuk ular dan mangsa meninggal. Nauzubillah takut betul. Itu kali pertama dan terakhir pegang. takmo dah. 

Tujuan tulis ni sebab besok bila bukak mata je ada dekat Kelantan sempena akikah Zikri, Yeay nak surprisekan umi ayah kat rumah sebab cakap tak boleh balik. Memang tak balik sebenarnya sebab besok ada gotong royong stJohn, tapi dah buat rayuan pengecualian dan memang nak balik. Rindu Zikri. yeay joget lah oyah dalam bas malam ni. Moga Allah permudahkan perjalanan pulang. AMIN. 

Hari isnin hari tu jugak pegi inetrview untuk jadi pembantu Jurulatih StJohn dan biasalah, bila dah takde pewaris, automatik kita akan naik pangkat. Walaupun masa interview merapu jawab balutan donut (balutan jika tertusuk pisau atau benda tajam, balutan itu dinamakan ring pad). Aku pegi bantai balutan donut sebab dia bulat macam donut. Terkejut Dr.Goh, Cindy dan exco yang ada dalam bilik interview. hmm memalukan macam biasalah. Lepastu hari selasa pulak, pegi interview untuk Pembimbing Program Siswa Lestari (PPSL) untuk kemasukan junior bulan 9 nanti. Rasanya tak dapat sebab aku macam pasif je. Tak tanya soalan. Its okaylah, maybe takde rezeki. :) Tapi nak sangat jadi PPSL hukhuk. Doa je in sya Allah. 

haa tu je lah rangkuman untuk sepanjang minggu ni. Busy tak busy rasa macam nak nangis lah jugak. sabar ya sebab ada lagi 3 tahun hoi. :) Untuk awak yang masih berbaki satu sem je lagi kat sini, saya doakan awak tak lupakan saya. heh. k bai. 

yours sincerely, 
xoxo 




No comments:

Post a Comment