11 June, 2016

Korang Baca ke ? Membebel je ni.

Assalamualaikum. hai :)

Traffic blog menyedihkan sampai tuan tanah murung je tengok dia punya line macam teeeet. Mengada nya lahai. Apa khabar semua ? Macam mana puasa, hari ni masuk hari ke-6 puasa. Dan aku masih berada di desa tercinta. Desa di USM. Bukan desa tercinta di rumah. hewhew. Tak sabar nak balik. makan. auum. Tu je nak buat balik nanti. Nak masak, makan, masak, makan, main dengan Zikri. aihh #moodswing 

Hari ni hari Sabtu, selepas minggu yang sangat penuh dengan jadual peperiksaan. 4 kertas dalam 5 hari. Gap cuma sehari untuk paper ke-3 dan ke-4. Alhamdulillah tak sangka masih boleh tersenyum kambing dan menaip post ini. Baguslah at least boleh senyum kan. Final year 1 semester 2 sangat menguji kekuatan, kekredibiliti (ceh), semangat dan segala macam lagi sebab unit penuh kot. 21 unit. Banyak fakta kena hadam, Sejarah, dan macam biasa subjek Pendidikan Khas. Cuma terbeban sikit dengan minor, subjek universiti (BM dan BI). Some of the Seniors cakap kenapa ambik dua subjek sekali, maybe boleh drag kita punya pointer, tapi kita manalah tahu sebab dorang cakap lepas semua subjek dah didaftar. Kita pun macam hmm takpelah. Uji diri sendiri sikit, tengok macam mana. 

Aku banyak tawakal semester ni. Sebab rata-rata cakap susah nak skor. Allahuakbar. Yang penting usaha. Moga adalah rezeki nanti. Bertepatan dengan konsep bebel hihi takdelah bebel, cuma story. Nanti bila dah sambung PhD, baca balik memori Degree life. Ooooo i'm survived gitu. InsyaAllah. Ayah letak harapan dekat bahu ni. dan sebagai anak, aku berasa tergerak untuk memikul hasrat dan harapan ayah. Sebab aku sayang dan sayanglah ayah. itu je. hehehe. 

Untuk next paper lagi 4 hari. Lambat dan aku jenis menghafal. Kalau hafal awal-awal takut lupa nanti. hikhik buruk betul perangai. Sempena nak menginjak ke usia 23 tahun ni, aku takdelah niat apa-apa. Nak bahagiakan diri sendiri, keluarga tersayang, dan keep in touch with my bestfriends. Dah. Ringkas je kan. Lepastu sambung belajar sampai peringkat yang aku idamkan, di luar negara. ecehh. PhD aku berhasrat untuk further oversea. Sebab entah, kalau master macam awal sesangat. Takpelah, tengok pada rezeki. Jika Allah permudahkan, adalah. Yang penting ada usaha ke arah itu. 

Kahwin. hmm awal sangat nak cerita. Aku happy tengok kawan sekolah dedulu dah tunang, kahwin, even sekarang mengandung, dah ada baby sendiri. Macam aihh dorang is so matured enough to handle kan. Sweet lah bagi aku yang takde pape ni, hihi. Ada suami nak cerita pape gitu, ada baby nak memain, memanja. Macam ya Allah kenapa comel sangat kawan. hahaha Baguslah rezeki memasing. Aku selalu cakap dengan kakak aku, anak aku dah cukup ramai, masuk tahun ni 8 orang. Anak buah dah aku anggap macam anak sendirik. Pedulik apa kakak aku nak cakap apa. hahaha tapi aku sayang dorang macam anak sendiri dah. (walaupun aku taktahu makna anak sendiri tu macam mana) beria je kan. Takpelah tumpang kasih sayang dorang,

Aku pun bahagia sebab selalu kalau nak cerita pape, ummi, ayah yang dengar. Nak nangis sebab kena hafal banyak benda dengan ayah. Nak request makan apa bila balik nanti dekat ummi. Nak cerita jumap crush itu ini dengan kakak, nak mintak duit dengan abang. nak kongsi rezeki lebih dengan adik-adik, nak bagi kasih sayang terlebih ni dekat anak-anak. Itu pun dah cukup bersyukur alhamdulillah. Maka nikmat mana lagi aku nak snagkal. Takde. serius.


Lagipun orang cakap lah, hihi nak kata aku cakap, aku pun baca apa yang orang tulis, nak kahwin ni bukan sebab tengok orang kahwin, kita pun beria. Tanggungjawab lepas kahwin tu lagi berat nak pikul. Sebab tu aku salute dekat kengkawan yang dah kahwin. Bukan senang tapi yelah berkatnya ada. Terjaga semua benda. gituu. aihh apa aku ni cakap. Takpelah. Kalau aku pun dah ke arah itu nanti, aku ajak engkorang yang baca ni datang majelis iols. kahkaha. #siapayangmalangtu #ehyangberuntungtu

Bercerita lagi, eh bebel lagi. mementang lama tak tulis kan. Alang-alang kasi panjang terus, Aku baru perasan kalau aku nakkan sesuatu mesti aku akan dapat. usaha habisan. Tak sangka. Kalau benda lain aku beria berusaha, cer aku cakap nak study habiskan bab itu ini hari ni, tapi selang 5 minit check phone, ehehe tapi aku kan stick bila aku dah plan. Disiplin sikit je. Macam aku nak sangat tengok verita ni, marathon katanya, tanya kengkawan yang minat korea jugak, minta situ sini dan dapat. Dan dah selesai pun marathon. i love you seo deong dan myung joo. hiks. 

this kind of relationship yang aku suka. its not to obvious sebab lelaki jenis tak tunjuk perasaan dia, tapi cara dia yang buatkan iols aihh melting sikit. Tapi girl ini bagus sebab dia betul sayang dan tunjuk. tapi dia tahulah lelaki ni pun cinta mati dekat dia. gitew bukan sebelah tangan. Dedua belah tangan. Barulah relationship goal ape tah. 

hmm cukuplah merapu. i kan takde roomate, bercerita dekat you je lah. nmm korang lah. K lah, nak sambung buat benda lain. Korang selamat berpuasa. Moga berbahagia selalu. Jangan bandingkan kehidupan kita dengan novel atau drama, sebab itu semua adalah penulisan manusia. Hidup kita dah cukup perfect sebab Allah yang tentukan. Memasing ada part masing-masing. Ada bahagia lah nanti. entah-entah dengan benda yang tak menyangka jadi etrbaik untuk kita. Sebab tu jugak, kita hanya akan merancang, Allah akan tentukan. JANGAN RISAU. 

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN. 
tingkatkan amal ibadat kita di bulan mulia ni. :)
Doakan Oyah korang ni moga dapat result best semester ini. 
okay. 

xoxo 





09 May, 2016

Selamat Hari Ibu, UMMI.

Assalamualaikum Ummi dan Ayah. 

Rindu ummi. Kelantan dan Pulau Pinang memisahkan kita. Tugas menuntut ilmu memang mencabar kan mi. Yah sedih setiap kali kena naik bas datang sini. Yah tahu, ummi selalu cakap, niat yah belajar adalah berjihad. Kakak pun cakap macam tu. Sebab jihad ke jalan Allah menyebabkan yah terus tabah. Tabah untuk lebih kuat, lebih bersemangat, lebih berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu. 

Kebetulan semalam hari ibu, yah menyambutnya di sini. Yah nak peluk ummi. Sambil makan kek yang mama beli untuk ummi dan kita semua. Ayah bagi bunga pada ummi. hiks. comel je Ayah. Mama (kakakku) belikan kek dan bunga bila dia balik kerja semalam. Mama bagi bunga dan kek dekat ayah, jadi ayah yang bawak kek dan bunga bagi dekat ummi. Kalau yah ada kat rumah, yah suka buat kek coklat. Semua makan kecuali ummi sebab ummi tak boleh makan coklat. Sakit perut. So bila dekat sini, google resepi memacam, yah dah jumpa satu resepi kek untuk yah buatkan untuk ummi nanti cuti 3 bulan. Tunggu ye mi. 

Meh nak cerita sikit pasal Ummi. 
ummi seorang yang sangat penyabar. Kalau on the phone dengan ummi, selalu bagitahu nak makan itu ini dekat ummi. Lepas tu bila balik cuti sekejap, ummi pastikan semua yang yah nak makan tersedia. Tersedia dalam erti kata ummi buatkan atau yah sendiri yang masakkan. Ummi akan belikan barang keperluan untuk yah nak buat. Ummi tahu yah suka bihun sup, ada ikan bilis goreng, daun sup, bawang goreng, dan juga begedil ayam. Ummi akan pastikan semua bahan cukup sebab ummi tahu yah tak suka makan kalau tak cukup. hahaha Ummi akan belikan kentang sesiap. Jadi yah akan masak dengan senang hati. Ummi tahu yah suka keropok lekor dekat pasar Pair Puteh, ummi mesti belikan untuk yah. Yah sayang sangat dekat ummi. Bukan kerana ummi selalu memenuhi apa yang yah suka, tetapi kerana Allah mengurniakan sesempurna Ummi untuk yah dan keluarga. Alhamdulillah. 

Ummi seorang yang penyayang. Ummi sayang semua anak dia sama rata. Kalau balik bercuti, ummi akan masakkan apa je yang abang atau adik suka ikut tekak dorang. tapi kebanyakkannya kami tak lah memilih makan. Jadi apa yang ummi masak, semua boleh masuk mulut. Tapi bila yah dah besar, hiks yah dah faham, kalau nak makan, buatlah sendiri, lepastu bagi ummi rasa. Kalau ummi suka, boleh masakkan lagi, kalau ummi tak suka, macam ummi tak suka sangat kek coklat, tapi adik beradik yang lain suka, masakkan jugak kek tu. hahaha

Apa yang yah paling tersentuh sepanjang 23 tahun dengan ummi, yah disahkan menghidap appendix, kalau dalam bahasa mudah, ada lebihan kulit di bahagian gall bladder. Masa tu yah berumur 12 tahun. Sakit sangat. Yah seorang yang jarang dapat sakit, demam yang biasa-biasa tu,
Tapi kalau kena, terus teruk. Memang betul. Yah dapat appendix lepas keluar result UPSR. Makan apa je muntah, ummi sentiasa tanya yah nak makan apa sebab perut kosong. Ada suatu pagi tu, yah teringin nak makan nasi goreng. Ummi minta kakak masakkan nasi goreng, dan yah berselera makan sebab perut lapar. Lepas habis je makan, minum air semua, terus muntah keluar benda sama. Ummi makin risau. Petang tu ayah dan ummi bawak pegi Hospital Tg. Anis, Pasir Puteh.

Dan keadaan tu dah makin teruk, dan yah kena transfer ke HUSM. Ummi yang teman yah dalam ambulans, dan yah tidak tahu berapa kali ummi lap air mata yah sebab yah mengadu sakit. Dengan wayar yang memenuhi mulut, hidung. Ayah sabar mendengar yah mengadu sakit sebab wayar yang dimasukkan ke hidung tu memang menyakitkan. Ummi takde sebab sorang je kena teman dekat kecemasan. Doktor dan nurse suruh telan air liur untuk memudahkan wayar masuk hidung. Itu pengalaman yang paling menakutkan bagi yah. Tapi ummi dan ayah sentiasa ada. bagi sokongan moral. supaya yah kuat.

Dekat HUSM pulak, malam2 ummi yang teman. Masa tu keluarga kita takde lagi kereta. Ayah berulang alik melawat yah. Malam pertama sampai HUSM, yah kena masuk bilik operate, operate buang isi lebihan tu. Ummi cakap yah akan okay, akan boleh balik nanti. Jangan risau. Yah nangis. Macam biasa. Sebab takut. Ayah dan bapa saudara, adik, kakak malam tu semua ada. Yah nangis lagi sekali. bukan sekali. berkali-kali. Yah pesan dekat ummi, ayah jangan tinggalkan yah sorang sedangkan time tu yah telah pun kena sorong masuk bilik bedah.

Yah jarang lihat ayah dan ummi nangis, tapi bila anak-anak sakit, cepat je kami nangis. Mungkin sebab ayah dan ummi tak tunjuk depan kami. Ayah ummi dan bagi kami kuat semangat. Appendix ni pernah terjadi pada kak Ah masa dia di sekolah menengah, masa tu yah kecik lagi. Tak faham kenapa ayah selalu berulang pegi hospital. Cuma tahu kak Ah sakit kena operate. Tapi bila kena bahagian yah, appendix dah teruk, dengan pecah semua, masa keluarkan cecair dari perut, sebab ada tebuk lubang dekat perut, cecair yang keluar warna hijau. Bayangkan. Doktor cakap, kebanyakan kes macam ni kebiasaannya pesakit dah pun meninggal dunia. Ya Allah, mas atu hanya Tuhan je tahu betapa takutnya yah. Allah masih bagi peluang untuk hidup.

Itu baru part ummi jaga yah. Tak masuk pun lagi dengan perangai yah yang nak makan epal sedangkan perut masih muda, tak boleh terim makanan solid. Kena makan bubur. Ummi sedia dengar rungutan yah yang sangat bosan dengan makanan hospital. Sampai satu hari yah mogok taknak makan, ummi pegi belikan jugak epal. Lepastu kakak marah sebab buat ummi nangis. Ummi nangis sebab takut bila yah makan epal, nanti lambat baik luka operate. Yah rasa sangat bersalah dengan ummi. So tak makan epal tu. sebab yah pun sayang ummi. :'(

Banyak sangat tak terhitung pengorbanan ummi membesarkan kami. Ummi dan Ayah diuji dengan kami adikberadik sakit teruk kena operation, dan yah tetap lihat keteguhan ummi menyokong ayah, memberikan semangat supaya tetap kuat. Kuat untuk kami, anak-anak. Yah berharap dan berdoa agar yah dapat membalas jasa ummi dan ayah semampu dan lebih lagi. Yah nak tengok ummi dan ayah dapat menunaikan haji bersama kami adik beradik. in sya Allah. Yah berharap sangat biarlah yah yang pergi dulu kerana yah tak sanggup hidup tanpa kedua permata hati yah. Yah selalu doakan keishatan ummi dan ayah, dan kita akan sentiasa bersama hingga ke syurga Allah S.W.T.


Yah sayang ummi, ayah dan keluarga kita kerana Allah.

dengan ingatan tulis ikhlas :

yah your daughter :'(