24 October, 2015

#Live Update

Assalamualaikum w.b.t 

Angin petang membelai wajah yang penat dan seriously letih sebab baru balik dari latihan StJohn. Tapi bila memandang jerebu yang tak membaik di luar jendala kamarku ini, tetiba teringat blogku terchenta ! Kelas sangat jerebu yang masih tak sihat untuk keluar dari bilik ni, StJohn tak batalkan perjumpaan mingguan. It's okay StJohn, nanti i takde, jangan sedih tahu. 

Terasa jugak makin memberat mata ni, cuma taknak tidur, banyak kerja sekolah tak settle. Minggu ni ada presentation. Dah berkurun dah kita tinggal mode present depan kengkawan ni. Iols sangat takut, ngeri, nervous, dan semualah negative thinking berlegar dalam kepala ni. Slide untuk present dah siap, cuma belum hadam elok-elok mana yang nak cakap depan dorang. Yang present minggu lagi satu pulak belum complete lagi. Adui. kalau cakap pasal kerja yang tak settle memang loya je tekak. Haa ada lagi, malam selasa Dr. Shah nak buat kelas ganti malam. Perfect sangat ! Kelas sampai 5.00 petang, sambung StJohn dari jam 5.00 sampai 7.00 petang. Ceit pulak sambung kelas ganti pukul 8.00 sampai 11,00 malam. Hoho ada meeting Haak pulak pukul 9.00 malam tu. memang hm hmm sangat. Tapi say bye kat Haak dulu lah sebab kita pentingkan kelas kita. ihiks

Bila rewind balik cerita pasal Haak ni, buat aku seram sejuk je. Benda memalukan diri sendiri je apa yang dibuat. Okay fine. Yelah kome nydp kan. Boleh lah buli kita yang pelat ni. Boleh la malukan kita walaupun itu normal untuk budak first year macam kita. Okay awak, okay. Malam selasa kita tak jumpa tau. Jangan risau. Sebab saya ada kelas. hoho. Lagipun saya dah taknak ingat peristiwa 14/10/2015 tu. Tak nak sekali kali. 

Cuti midsem makin mendekat. Makin cepatlah masa kita nak balik rumah. Yuhu rindu umi, rindu ayah. rindu anak anak anak anak. Anyonyoyoyo penyayang sangat bila tulis ni. Tapi bila balik, berubah jadi mak nenek la, bila rumah tak berkemas. Sabarlah umi punya anak seperti ini. Hahahah. Jnagan kawinkan kita cepat-cepat. Kita nak duduk bawah ketiak umi ayah lagi. Yah tak bersedia. Serious. Walaupun kakak-kakak sibuk nak bagi anak kawan ayah tu. Takpe ayah, dia tak tengok lagi anak ayah ni macam mana, bila dia jumpa, memang taknak kot. hahahhaa

Okay merapu nampak. Jadi budak degree memang 360 darjah berbeza masa belajar diploma dulu. Serious rindu masa diploma. Semuanya disuap. I mean, nota senang je dapat, belajar taklah stress sangat, Tapi bila degree ni kena compete semua benda. Even untuk stay desa pun susah. Semua jawatan yang kita nak join, ada interview. Interview yang masuk akal, okay lagi. Yang tak masuk akal tu yang buat kita frust sikit. Kena join memacam aktiviti sebab dalam transkirp campusOnline nanti nak graduate, ada pencapaian kat situ. Dia akan tulis samada kita lebih terdedah kepada aktiviti apa. Sukarelawan ke, kepimpinan ke, debat ke, sukan ke. Omg. 

Kokurikulum pulak buat pening hidup den. Yes memang minat kawad, tapi iols nak masuk benda lain. Termasuk benda lain. Terkilan. Salah sendiri. Okay kita cuba lagi tahun 2. Ummilattiah akan cuba buat yang terbaik. Ini je lah kot live update heks. Nak cerita lelebih takut ada kontroversi pulak kan. Teeeet. Dibuatnya lah.Mana tahu hidup ni. Kita stop sampai sini jelah. Moga ketemu lagi. 

Thank you sudi baca. Ada orang baca ke. Ahaks. Fefeling sangat.
xoxo 





No comments:

Post a Comment