Assalamualaikum dan hai korang.
Its been a long time kan, tak update satu jenis habuk zarah partikel molekul kat sini. And im really missing my blog. huuuuu. Ni kalau dak DiLLa yang tak paksa bagi write up something memang tak terasa nak kembali menulis. eheeh. Kita ni jenis mudah lupa. Semalam bukak blog, hajat di hati nak bagi private, lepas tu godek-godek tak jumpa jugak butang tu entah di mana dia bersembunyi, kita kasi delete je lah lagi senang. Tapi serious sedih kot, bila dah kosong semua entry yang tertulis, tercatat sebelum ni. Tinggal kenangan dalam memori je. Bertabahlah yer wahai Ummilattiah.
2015 menghampiri ke penghujung dah. Tunggu pejam celik nak masuk 2016. Sungguh cepat masa bergerak, tanpa menunggu kita sesaat pun. Kalau diimbas kembali zaman paleolitik dulu, bermacam ragam tulis dalam blog. Nak tergelak pun ada sebab hah macam tu pun tulis ke ? But that's me. Susahlah nak buang tabiat diri sendiri yang every single thing nak luah dekat blog. So bersempena umur dan tahun yang dah makin menginjak ke usia dewasa ni, kena ada perubahan lah ye dak ? Takkan nak statik tempat sama. At least selangkah ke depan atau ke kiri kanan terpulanglah mahu jadi apa, mahu jadi hantu atau buaya ? heh.
Sekurang-kurangnya sedikit yang kita buat perubahan tu, akan dapat mengubah hidup kita. Arah masa depan kita. Perjalanan hidup kita. Mungkin semua orang akan berbeza. Ada yang beralun, menongkah arus, ikut arus, mendaki gunung, menyelusuri dinding kehidupan yang berombak. For sure everyone nak yang terbaik untuk diri dia kan. Untuk jadi suami, isteri, anak, ibu yang terbaik kepada keluarga mereka kelak. (cis nada dewasa sangat) but that's the truth that we cannot argue. That's the fact !
Nak update pasal life pun macam ehh baru je mukaddimah untuk blog ni. Nenanti lah kay, nak share pape kat sini. Harap sangat dapat bahagikan masa dengan betul. Bukan senang nak kejar cita-cita sebelum cinta. Luls. Tapi setakat ini tangga teratas menduduki carta impian adalah CITA-CITA. Moga Allah permudahkan jalan yang dipilih. Sebab cita-cita ini melibatkan banyak hati dan perasaan yang perlu diambil kira. Bukan calang-calang punya dream tau !
Till we meet again. I will update okay. at least for me to read.
xoxo

No comments:
Post a Comment