30 October, 2015

#Kekasih

Assalamualaikum w.b.t

Tak jawab dosa, kalau jawab, saiyankahbsna mengadanya. Lol. okay betapa rajinnya update blog semenjak dua menjak ni kan. Biasalah, bila dah padam buku lama, nak tulis buku baru mesti berkobar-kobar di hati ni ken. Pejam celik pejam celik dah dekat sebulan kat sini. Lebih kurang lah kot sebulan. Rindunya bau dapur. Nak masak, nak baking. hmm hmm

Tapi guess what, minggu depan iols balik. Yuhuuu. Apa ? tak dengar ? Ummilattiah balik kampung tercinta minggu depan. 5 November 2015. Berkobarnya hati nak siapkan semua kerja before balik, taknak mengganggu dan menyesakkan pemikiran dengan kerja. Balik rumah nak main dengan Zaid. alah sayang Oyah tu. Mesti korang semua rindu Oyah kan. Yelah tadi call pun, bila Oyah cakap minggu depan balik, semua macam bising satu rumah. haha Sebenarnya nak buat surprise lah sangat, namun bila mulut si Ummilattiah ni bercakap, dia takde stop kat traffic light ke apa. Main redah je. Tu yang terbagitahu minggu depan Oyah dah kat rumah. 

Its okay sayang. Tahu sayang sangat kan. Sungguh dasyatnya cintamu kepada aku. haha. Dua menjak ni jugak hari-hari iols dengar lagu kekasih, baik baik sayang, doa buat kekasih. Haha habislah kalau kakanda ku sekalian tahu. Entahlah hati nak melayan. Nak buat macam mana kan. Dengar lagu je pun. Kekanda yang over protective sangat. Takpelah kekanda, i habiskan dulu study. lepas tu baru fikir pasal perasaan okay, Kah !

Lepas habis cuti midsem ni, semakin kalut dengan program kelas dan persatuan. Konvo pun makin mendekat. Kengkawan semua macam takde feel nak konvo. Aku je yang bersemangat. Yelah tiga tahun kut berhempas pulas nak dapatkan segenggam diploma tu, memang taklah kalau diri sendiri yang tak hargai kan. Mana nak mintak pengecualian kuliah lagi sebab nanti konvo, bergabung pulak dengan kelas yang sangat pack. Nasib labu labi pun tak semalang ini kot. 

Minggu ni ada pimpin siswa. I ni bukannya suka sangat ceramah ni. Baik buat aktiviti outdoor yang penuh onak liku di ranjau yang berduri ceh. Daripada mendengar, memberi idea, brainstroming ape ke semua tu. Esh anti betul. Kenapalah tahun ni nak ubah segala benda jadi lain. Sedih tau. Macam gaya anak tiri pun ada. Terpulanglah mahu jadi apa, mahu jadi hantu. mahu jadi buaya. 

Okay lah, mata mengantuk sudah. I need some sleep. ni ada nota kaki buat awak. 
xoxo 
Awak datanglah nanti saya konvo 26 November nanti.Bawak bunga tau, sebab saya suka bunga.Hiks 
#siscuba #sisnakpelempangke


No comments:

Post a Comment