07 December, 2015

Konvokesyen UPSI

Assalamualaikum dan selamat malam. 

Its been a long time kan tak menulis. 2 bulan sudah. hikhik. Im being so busy lately guys. Degree life is so takde life katanya. Balik jam 2-3 pagi and im alone staying at Desasiswa Cahaya Gemilang. Join program Haak balik jam 3.00 pagi. Nasib baik ade kak Pqah tolong hantar dengan motor dia. Kalau tak taktahulah macam mana. Itu belum cerita dekat Ayah kalau balik sensorang yang sangat membahayakan. Kalau lah awak tahu saya balik sorang, agak-agak awak teman tak ? Tapi rasanya tak sebab haritu saya mintak tolong pun awak tak boleh nak tolong. At least tolong dengar but its okay.You are so busy kan. Forget it. hmmm terima kasih Ikram my classmate teman balik haritu. we owe you tau. 

Okay back to my main point, konvokesyen UPSI 26 November itu hari. Hahaha 10 hari lepas lebih kurang tolak campur, Nak update pun tak sempat. Kalah bang Jibby sibuknya. Attiah ohh Attiah. Perjalanan ke Tanjong Malim berseorangan macam biasa. Anak Ayah yang tidak pernah menyusahkan orang. Boleh berdikari dan yes, i can do everything by my own.  Still gadis cengeng Ayah, unless kalau betul terdesak, i will ask you for help. Tu pun you tak boleh help. im so frustrated. Again. 

Perjalanan dari USM ke Ipoh mengambil masa lebih kurang 2 jam, lepas tu transit dekat Aman Jaya 2 jam sebab terbeli dah tiket dari Ipoh ke Tanjong Malim pada pukul 4.30 petang. Dah la sampai awal kot, lebih kurang jam 1230 tengahari. but sokay, lepak dekat Rotiboy for 1 hour lepastu pergi surau. Macam tu gamakya geng backpackers melancong kan. Hmm my dream yang nak jadi one of the backpackers nanti bila dah kerja and have my own money. #WISHLIST 
Simpan duit bebanyak, lepas tu sambung MASTER dan PHD dekat oversea. Alright ? May Allah ease my dream journey. we will do it together. 

Sebab sesi konvo petang, iols pun tak sempat nak bergambar dengan para sahabat seperjuangan sebab kekangan waktu yang singkat. Tapi ada jugaklah dua tiga keping sis terjumpa rakan time nak balik bye bye cenggitu. Kesian naa. hmm takpe yang penting, gambar dengan family ada. Even bawah khemah je sebab hujan. Alhamdulillah, sis suka hujan,. Hujan kan membawa rezeki. :) 
Terimalah dua tiga keping gambar sepanjang sis konvo. Nak abadikan dalam blog sebab nanti boleh tunjuk dekat anak ibu sekalian. hikss. 


UMMILATTIAH BINTI MAT JUSOH
Diploma in Early Childhood Education
UPSI sidang ke 17

Support system. Thank you love. Thank you for coming all the way from Kelantan and Johor. 

Diploma in Early Chilhood Education.
Ayah, Ummi doakan yah grad nanti pakai topi bulat eh.
#PHD
Tulang belakang, teman dengar cerita, komplen itu ini dekat ummi, cerita pum pam pum pam dekat ayah, nangis bila kerja tak siap, memacam mengadu nak hilangkan stress, kesian ummi Ayah kan. Sorry. hikhik.
This is for you my love. 
Harapan Ayah untuk iols sambung sampai PHD. amin. i will do the best. this is my way kot. Takkan berundur Oyah kecuali ada orang tu masuk meminang. Ehh taklah, ayah dah letak syarat siap-siap puteri dia ni ada lagi 4 tahun nak habiskan belajar kalau orang tu tak sempat tunggu, biarlah dia jalan dulu kalau dah puas tunggu, Tapi Oyah dah ada pilihan hati Ayah. hahhahaha. choooi. Merapu okay. Memalam cenggini memang best merapu. Tambah pulak tengah dengar nasyid Kekasih. Lagilah kan. Its okay, Allah dah tetapkan semua jalan. Berjodoh dengan ajal pun mungkin sebab mati itu pasti. 

Bercakap soal kematian, aku dikejutkan dengan berita kehilangan Pak Yus yang aku betul betul betul minat dia. Minat dia punya lawak. Semalam pulak kemangkatan TJ yang aku jugak meminati dalam diam. Innalillahi wainna ilaihiraajiun. Kematian yang menghidupkan kerana selepas mereka tiada, pelbagai kebaikan yang Allah pamerkan untuk dijadikan teladan. Menangis jugaklah bila tengok video mereka. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. 

Al Fatihah. 

Setakat ini sajalah perkongsian pada malam ini. Yang buruk datang dari diriku sendiri, yang baik datang dari Allah SWT, sesungguhnya yang baik dan buruk itu datang dari Allah jua. Kita sebagai manusia ini haruslah bersedia menghadapi kematian yang pasti. Moga memperoleh kematian husnul khatimah. 

sincerely, 
xoxo


No comments:

Post a Comment