Assalamualaikum semua.
Pejam celik dah masuk tahun orang putih yang baru. 2016. Rasanya dulu masih bertatih cuba berjalan dengan Ummi dipimpin tangan, sambil makan eskrem strawberry. Belajar tunggang basikal kecil warna merah Ayah hadiahkan, sampai luka-luka dekat lutut jatuh, lepas tu Ayah tak bagi naik besikal tunggu sembuh dulu baru belajar balik. Membesar dengan geng lelaki sebab kita jer perempuan. Atas abang, bawah adik lelaki. Beza umur dengan kakak 5 tahun jadi rapat dengan abang masa kecik dedulu. Pergi situ sini mandi sungai, polis entry, semua lelaki buat iols join sekali. Oh indahnya hidup ini. Abang kena rotan dekat tangan sebab mandi sungai lama sangat, kita pun kena sekali. tak sakit pun. Ayah rotan memanja sebab sayang. kahkahak.
Rindu masa dulu, Rindu nak main. Sekarang bila dah besar ni, lebih habiskan masa dekat dapur. Belajar buat memacam ikut tekak nak makan. Sampaikan nak keluar rumah pun tak sempat. Mungkin masa kecik dulu terbiasa sangat main kat luar rumah, dah besar ni insaf lah sikit. hiks. Main badminton petang dengan adik jelah. :) Tapi itulah yang bakal dirindukan. Saat kita kecil, masih boleh bergelak tawa dengan orang yang kita sayang iaitu adik beradik, sedarah sedaging. Bila semua menginjak dewasa, meninggalkan rumah yang dahulunya riuh rendah untuk mengejar cita-cita dan harapan keluarga, aku kerap menitiskan air mata. Aku selalu fikir, berangan sendirian, kenapakah perlu jadi dewasa. Aku rindu suasana dahulu. Astaghfirullah. Jangan menyesal. Ini percaturan Allah. Perjalanan hidup yang tidak akan terhenti selagi belum menemui Dia di alam baqa' nanti. :(
Kalau ikutkan bulan Islam dah menginjak ke 24 Rabiul Awal 1437 Hijrah. Masa makin pantas berlalu. Sebab tu kita tak terasa cepatnya masa sampaikan tak disedari ia berlalu pergi. Manusia datang dan pergi. Meninggalkan kita yang masih mencari arah kehidupan sebenar. Begitu juga dengan putaran hidup kita. Ada ketika kita di bawah, ada kalanya kita di atas. Kita memang tak boleh nak undur masa, sebab tu Allah ada beritahu dalam Al-Quran. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Yang ada cumalah secebis kenangan yang boleh kita jadikan ia sebagai memori dan juga ambil nilai positif di situ. Jangan jadikan ia berlalu seperti angin lalu saja. Nanti takde guna jugak kept repeating the same mistakes kan.
Bertambahnya umur ini adakah kita sudah menyiapkan bekal yang akan dibawa ke alam akhirat. Alam yang kekal abadi. Solat kita, amal ibadah kita, doa anak yang soleh. Itulah harta yang bakal kita bawa kelak. Bukan sepersalinan baju mewah, duit yang kita simpan, harta yang kita sayang. Bukan !
Ya Allah sungguh aku takut dengan amalan yang tak seberapa ini, adakah diterima mahupun sebaliknya.Yang aku harap adalah sentiasa berusaha untuk jadi hamba Allah yang tidak lupa untuk mendapat keredhaannya. Amin.
Dalam jangka waktu ini, bermacam dugaan yang menimpa dengan kehilangan sahabat, takpun orang sekeliling yang pergi menyahut seruan Ilahi. Adakalanya pernah berselisih pandang, dan setelah itu mendapat perkhabaran bahawa dia sudah kembali pada Yang Maha Pencipta. Ya Allah moga ditempatkan bersama orang yang beriman. Semalam diberitahu oleh kakak, yang kami anggap nenek, dan sekeluarga sangat rapat dengannya, telah pun kembali kepada Pencipta. Innalillahi wainna ilaihirajiun. Sentiasa datang ke rumah kami untuk belajar agama, membantu ahli keluargaku semasa sakit, memberi ulam-ulaman segar yang ditanam sendiri, suka menolong orang lain dan pelbagai kebaikan yang aku sendiri rasai dahulu. Kini tinggal kenangan. Ya aku tahu, yang pergi akan tetap pergi saat Allah telah mengutuskan bahawa itulah masa kita untuk pergi. Cuma apa yang dapat aku hadiahkan adalah askar jamiah yang diajarkan kepada kami sebagai sedekah untuk mereka yang telah tiada. Al-Fatihah.
Azamku hanyalah untuk menjadi hamba yang bersyukur dengan nikmat yang tidak putus kepadaku, nikmat iman, nikmat Islam, nikmat yang datang dari segala bentuk kejadian yang aku tidak pernah terlintas. Maha Suci Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Tidak lupa kepada sumber inspirasi ku, Ummi dan Ayah. Menjadi anak yang solehah untuk Ummi dan Ayah yang tidak pernah kurang kasih sayangnya kepadaku, membesarkan aku dengan penuh didikan agama, menangani sikapku yang masih dan tetap keanak-anakan bahkan abang selalu menegurku "bukan semua perkara perlu diceritakan kepada ayah, nanti ayah risau" hahha, sebab aku gaduh dengan kawan pun aku bagitahu ayah, kesian ayah. :( Tapi Ayah tetap mendengar celotehku yang seperti bertih goreng ni. alah sayang. hiks. Macam tu jugak dengan Ummi. Siapa yang aku suka, aku cerita dekat Ummi. Ummi sporting, sambil dengar cerita aku, sambil senyum, mungkin menggambarkan bahawa aku sudah makin dewasa cis. Taklah, mungkin Ummi cakap aku dah nak kena cubit sebab gatal. bhahahha tak lah aku cerita pasal tu je, ceritalah pasal benda lain jugak. Sayang Ummi kan.
Meningkat umur kronologi tak semestinya bertambah umur mental. So kena seiring sebenarnya barulah lengkap. Jangan pulak umur 23, perangai 13 dik. hahha. K lah, dah panjang cenggini, bosan pulak menulis. Yang penting, ambil pengajaran atas semua pengalaman yang dah kita lalui. Selamat umur tua awak. Umur 23 dah sekarang, hmm saja bagitahu.

see you when i see you.
xoxo
Allah yuftah alaikum. Moga Allah melindungi kita semua.
AMIN.
No comments:
Post a Comment