Assalamualaikum wbt.
Amboi sangat selang sehari update blog. Alhamdulillah masih mempunyai ruang dan peluang kan. Rindunya pada bau rumah. when i talk about the house, automatically my eyes become watery. You know what is that ? so checky girl. Minggu ni akan berhadapan dengan peperiksaan St.John. Ya Allah moga dipermudahkan urusan. Bimbang betul nak jadi first aider ni. Sebab susah nak belajar bila kita setkan minda untuk exam je. Bukan kerana Allah. Nauzubillah.
Berkait dengan tajuk yang ditulis dekat atas tu, yes i joined program HAAK. Best betul dengan HAAK ni. Sebab tu kalau apa-apa aktiviti berkaitan dengan HAAK, iols orang pertama kot yang ajak kengkawan join. Hiks. untuk sesiapa yang tak pernah dengar pasal HAAK ni, actually dia merupakan singkatan kepada Himpunan Anak-anak Kelantan. Rupanya dulu dekat UPSI pun ada, Why i tak tahu eh ? Entah, terpulanglah kan. Sebab sekarang kat USM, kita fokus dekat sini lah. I dah sayang betul dengan USM ni. Kak long dengan Kak Ah dah jadi alumni. Tunggu 4 tahun lagi, iols pulak jadi alumni. Amin.
Okay pusing balik dekat program HAAK tu. Program khidmat komuniti tu berlangsung pada jam 10.00 malam lebih kurang dan berakhir jam 3.00 pagi. Misi kami adalah memberi makanan kepada orang perseorangan yang tidak mempunyai rumah. Or maybe ada je yang ada rumah, bukan rumah, lebih kepada bilik, tapi dengar cerita uncle tu cakap kalau dekat bilik, dia sensorang jugak. So lepaklah dekat stesen bus ke apa, boleh jugak berbual dengan rakan yang lain.
Actually culture shock tu memang ada, sebab sepanjang perjalanan tu, hidup lagi rupanya bandar Penang bila waktu menjengah jam 1-2 pagi. Lagi terkejut bila ada yang mabuk, dan etc, malu nak describe kat sini. Dengan mata kepala hidung mulut tangan kaki sendiri. Takut. Like seriously in front of my eyes. Tapi apa yang aku salute dekat senior ni, mereka lebih suka berkongsi cerita sepanjang perjalanan tu. Macam-macam jugaklah yang dia share sepanjang dia join program sebelum ni. Protective sebab kami jalan memalam, jadi keselamatan tu agak membimbangkan. Bila jauh ke belakang sikit, dorang tunggu. Good good. Entah nama apa, Jd tumix rasanya. Manis orangnya kah.
Bertemu pulak dengan Aunty Mariam bersama dua orang anak yang masih kecil sedang menjual tisu di tepi kaki lima. Anak kecil tu sebaya Abe kalau tak silap. Tak pun dalam lingkungan 3/4 tahun. Lagilah merembes air mata ni haa. Tabahnya hati seorang ibu dalam menampung kehidupan. Kehidupan yang penuh liku, onak dan duri. Moga Allah memberkatimu wahai ibu Maryam. Namamu terpahat dihatiku. Betapa cekal dan sabar. Dengan suasana malam yang sejuk, bayi berusia beberapa bulan tidur di pangkuan mu. Apa yang aku doakan semoga Allah mempermudahkan segala urusanmu wahai ibu Maryam.
Tetiba pulak teringat Ummi. Takpe Mi, you selalu dalam doaku. I love you so much.
![]() |
| Bersama YDP HAAK yang peramah, tidak lokek bercerita, mencurahkan ilmu.. so glad to be in his team. Kak ati, nak ambik gambar sekali jugak. hahaha |
![]() |
| Gelap pun apadehal. rakan sekelas dan jugak NYDP HAAK. Muka memasing excited nak join first time kan. Yangs enyum biasa tu, maybe dah boring join kot. kakakah |
![]() |
| WHY WE LOOK SO HANDSOME THAT NIGHT ? |
Berkongsi kisah dengan Uncle yang tidak ku ketahui namanya, menjadi seorang gelandangan akibat tiada sesiapa yang mahu menjaganya. Tambahan lagi, dia tidak mahu menyusahkan anak-anak dan adik-beradik. Subhanallah. Adakah itu balasan bagi seorang anak yang telah dibesarkan dengan sebaik mungkin oleh ayah. Im so sad. Teringat pulak dekat Ayah kat rumah. :(
Balik dari program tu, aku cerita dekat ayah pum pam pum pam. Sebak dan sedih je perbualan hari tu. Lupa dah ayah cakap, tapi aku paling terkesan bila ayah cakap 'ayah jaga anak-anak ayah sebaik mungkin sebab itu sudah sememangnya tanggungjawab ayah, sebab nanti akan disoal di akhirat, selebihnya terserah kepada anak ayah untuk praktikkan apa yang ayah buat sebelum ni'
Tak ke banjir je USM hari tu. Yah sayang sangat Ayah. Tiada perkataan yang dapat digambarkan betapa sayangnya yah pada Ayah. Yah akan buktikan yang yah bukan sahaja puteri ayah yang suka menangis bila kena stay jauh dari rumah, tapi yah anak Ayah yang boleh dibanggakan dan akan berusaha untuk jadi anak terbaik untuk Ayah. Amin.
Perkongsian ini adalah lebih kepada pengalaman aku sendiri. yelah bak kata pujangga pengalaman mendewasakan kita ye tak. Moga kita menjadi anak,(menantu) eh hahha yang terbaik untuk ibu bapa, (mertua) kan. Bukan sia-sia kita buat baik ni, berganda ganda kuasa kuda dapat pahala. Tambahlagi mereka kan yang membesarkan kita. so sayangilah mereka hingga akhir usia. Bawaklah dengar lagu Anak Soleh- Rabbani tu, MUngkin boleh melebatkan lagi hujan di USM ni.
sekian dulu.
xoxo



No comments:
Post a Comment